Jauhi Perbuatan Keji Agar Kasih Sayang Tidak Dicabut

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Jauhi Perbuatan Keji Agar Kasih Sayang Tidak Dicabut 
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا الْقَاسِمِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا تُنْزَعُ الرَّحْمَةُ إِلَّا مِنْ شَقِيٍّ
Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, “Rasa kasih sayang tidak akan dicabut kecuali dari orang yang celaka (berbuat keji).” (HR  Tirmizi No: 1846) Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1.  Allah menganugerahkan sifat kasih sayang kepada sesiapa yang dikehendaki
2.  Allah akan mencabut sifat kasih sayang daripada seseorang yang melakukan perbuatan keji.
3.  Perbuatan keji (seperti pemfitnah, pengumpat, pencela) akan menghilangkan perasaan kasih sayang kepada orang lain dan akan menjadi penyebab kepada perbuatan yang memutuskan hubungan ukhuwah dan silaturahim.
Pupuklah sifat kasih sayang dalam diri kita terhadap orang lain secara berterusan agar ia menjadi akhlak terpuji.
19hb Julai  2017

25hb Syawal 1438H

Advertisements

Ar-Rahim, adalah daun pohon yang rendang

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Pelihara Silaturahim Kerabat
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الرَّحِمُ شِجْنَةٌ فَمَنْ وَصَلَهَا وَصَلْتُهُ وَمَنْ قَطَعَهَا قَطَعْتُهُ
Dari Aisyah RA isteri Nabi SAW, dari Nabi SAW bersabda: “Ar-Rahim (silaturahim) adalah syijnah (daun pohon yang rendang) barang siapa menyambungnya maka aku akan menyambungnya dan barang siapa memutuskannya maka akupun akan memutuskannya.” (HR Bukhari No: 5530) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1.  Menjaga hubungan silaturahim antara sesama kerabat (yang ada hubungan nasab) adalah kewajipan setiap orang Muslim.
2.  Orang yang menjaga hubungan kekerabatan, Allah akan sentiasa menyambung dan menghubungkannya dengan Allah.
3.  Orang yang tidak memelihara hubungan silaturahim, Allah juga akan memutuskan hubungannya dengan Allah
Rasulullah SAW menjelaskan:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ قَاطِعٌ
Rasulullah SAW bersabda: “Tidak akan masuk syurga seorang yang memutus (silaturahim).” (HR Tirmizi No: 1832) Status: Hadis Sahih
4.  Orang yang memutuskan silaturahim, tidak akan masuk syurga. Menjaga  hubungan silaturahim adalah wajib pada setiap orang. 
5.  Orang yang menghubungkan silaturahim akan dipanjangkan umur dan diluaskan rezeki. 
Dari Abu Hurairah RA berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:  Barang siapa yang ingin diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menyambung hubungan silaturahim.” (HR. Bukhari No: 5986) Status: Hadis Sahih
Marilah kita menjaga hubungan silaturahim dengan saudara-mara kita. Ambilah kesempatan bulan Syawal ini untuk berziarah, dan menjadikannya pengikat dan pengerat hubungan sesama kerabat.
10hb Julai  2017

16hb Syawal 1438H

Islam, the religion of peace, Muslims, still perfecting

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Muslim Paling Baik
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْإِسْلَامِ خَيْرٌ قَالَ تُطْعِمُ الطَّعَامَ وَتَقْرَأُ السَّلَامَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ
Dari Abdullah bin Amru RA, ada seseorang yang bertanya kepada Nabi SAW; “Islam manakah yang paling baik?” Nabi SAW menjawab: “Kamu memberi makan, mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal”.(HR Bukhari No: 11) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1.  Muslim yang paling baik ialah yang memberi makan kepada orang lain sama ada yang dikenali atau tidak.
2.  Mengucapkan salam kepada orang Islam yang lain sama ada kita kenal atau tidak termasuk dalam kategori Muslim yang paling baik.
3.  JANGAN hanya memberi salam serta mrmberi makan kepada orang yang kita kenal sahaja!
Jadilah kita muslim paling baik dengan sering menjadi pemberi kepada orang lain sama ada dalam bentuk makanan mahupun ucapan salam tanpa mengira orang yang dikenali ataupun tidak.
09hb Julai  2017

15hb Syawal 1438H

Loving for the sake of Allah

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Sebarkan Salam Untuk Saling Mencintai 
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا وَلَا تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا أَوَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى شَيْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوهُ تَحَابَبْتُمْ أَفْشُوا السَّلَامَ بَيْنَكُمْ 
Dari Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Kalian tidak akan masuk syurga hingga kalian beriman. Dan kalian tidak dikatakan beriman hingga kalian saling mencintai. Mahukah kalian aku beritahu dengan sesuatu yang apabila kalian lakukan kalian akan saling mencintai? (iaitu) sebarkanlah (ucapkanlah) salam diantara kalian.” (HR. Muslim No 81) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1.  Syurga hanya untuk orang yang beriman.
2.  Satu daripada syarat menjadi orang beriman ialah saling mencintai sesama mereka kerana orang yang beriman itu bersaudara.
3. Buanglah sifat memusuhi sesama orang beriman.
4.  Satu daripada perkara yang mendorong mencintai sesama muslim ialah sentiasa menyebarkan ucapan “salam”.
Jom Semarak Ukhuwah dengan menyebarkan salam apabila bertemu sesama Muslim sebagai bukti saling mengasihi.
07hb Julai  2017

13hb Syawal 1438H

Reminder to us all….

Lembutnya nasihat ni…
Baca perlahan-lahan dan Baca Sampai Akhir
Anda Akan Terpukau
▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁ 
من الطبيعي أن ترى السفينة في الماء لكن من الخطر أن ترى الماء في السفينة فكن أنت في قلب الدنيا ولا تجعل الدنيا في قلبك .       
 Adalah hal biasa jika kau melihat perahu di atas air, namun bahaya bila melihat air dalam perahu. Maka engkau boleh berada di hati dunia tapi jangan kau tempatkan dunia didalam hatimu.                               
▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁
 إن خسِرت شيئًا لم تتوقع يومًا أن تخسره ، فإن الله سيرزقك شيئًا لم تتوقع يومًا أن تملكه . 
Jika kau pernah merasa rugi sesuatu yang tidak pernah kau sangka suatu hari, maka sesungguhnya Allah akan memberimu rezeki suatu hari yang tidak pernah kau kira akan memilikinya
▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁
 تفاءل عندما تصعب عليك الأمور ، فإن الله تعالى أقسم مرتين فإنّ مع العُسر يُسرا ، إنّ مع العسر يسرا .
Optimislah saat segala urusan terasa sulit bagimu, kerana Allah telah bersumpah dua kali “Sesungguhnya sebuah kesulitan bersama kemudahan, sesungguhnya sebuah kesulitan bersama kemudahan”
▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁
 الحياة سألت الموت :

لمآذا البشر يحبونني ويكرهونك ؟

أجاب الموت : ﻷنك كذبة جميلة وأنا حقيقة مؤلمة
Kehidupan bertanya kepada kematian: 

mengapa manusia mencintaiku dan membencimu?

 maka maut menjawab: “Kerana kau adalah kebohongan yang indah, sedangkan aku adalah kenyataan yang menyakitkan”
▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁
 لا نعلم بعد رحمة الله ما الذي سيدخلنا الجنة ؟؟ 

أهي ركعة ، أو صدقة ، أو سقيا ماء ، أو حاجة مؤمن قضيناها ، أو دعوة ، أو ذكر !!!!

فاعمل ولا تستصغر !!!!!!
Kita tidak tahu setelah Allah merahmati kita, apalagi yang boleh membuat kita masuk syurga??

Apakah itu rukuk atau sedekah, atau air yang kita berikan, atau keperluan orang beriman yang kita tunaikan, atau doa, ataukah dzikir kita??

maka beramal lah dan jangan mempertikaikan!
▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁
 ضع قليلاً من العاطفة على عقلك حتى يلين

  وضع قليلاً من العقل على قلبك كي يستقيم .
Letakkan sedikit perasaan pada akalmu agar dia lembut

dan letakkan sedikit akal pada perasaanmu agar dia lurus
▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁
تعجبني القلوب التي تستقبل الألم بصمت و تبرر أخطاء الآخرين بحسن نيه .
Aku takjub kepada hati yang menerima kesakitan dengan diam, dan menilai kesalahan orang lain dengan niat yang baik
▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁
 عندما تظن بأن بعد الشقاء سعاده ، وبعد دموعك إبتسامة فقد أديت عبادة عظيمه ألا وهي حسن الظن بالله
Ketika kau meyakini bahawa setelah  kesengsaraan adalah sebuah kebahagiaan dan setelah air mata yang mengalir adalah senyuman, maka sesunggunhnya kau telah melaksanakan ibadah yang amat agung iaitu berprasangka baik kepada Allah.
▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁
 إذا أتعبك ألم الدنيا فلا تحزن .. فربما أشتاق الله لسماع صوتك وأنت تدعوه .. لا تنتظر السعادة حتى تبتسم .. ولكن ابتسم حتى تكون سعيد .. لماذا تطيل التفكير والله ولي التدبير .. ولماذا القلق من المجهول وكل شيء عند الله معلوم .. لذلك إطمئن فأنت في عين الله الحفيظ .. وقل بقلبك قبل لسانك « فوضت أمري إلى الله » طيب الله أيامكم بذكره
Jika sakitnya dunia membuatmu lelah maka janganlah bersedih……… barangkali Allah ingin mendengar suaramu dalam doamu……..dan jangan kau tunggu kebahagiaan untuk tersenyum……..namun tersenyumlah sehingga kau bahagia………mengapa kau berfikir banyak sedangkan Allah adalah yang Maha Mengatur…. mengapa gundah akan sesuatu yang tidak kita ketahui sedangkan segala sesuatu Allah sudah tahu……..oleh kerana itu tenanglah kerana engkau selalu berada pada pengawasan Allah yang Maha Menjaga……dan ucapkan dengan hatimu sebelum dengan lisanmu………..aku serahkan segala urusanku kepada Allah.
▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁: كلام جميل 💯%💯
إذا لم تعرف عنوان رزقك.. فلا تخف.. لأن رزقك يعرف عنوانك.. فإذا لم تصل إليه.. فهو حتما سيصل إليك.
Jika kau tidak tahu alamat rezekimu…… janganlah takut……kerana rezeki Allah tahu dimana alamatmu…jika kau tidak boleh sampai kepadanya……nescaya dia akan sampai kepadamu…
⛳⛳⛳⛳⛳⛳

كلام جميل 💯%💯

إذا قابلنا الإساءة بالإساءة.. فمتى ستنتهي الإساءة؟!

قال تعالى: “فمن عفا وأصلح فأجره على الله”
Jika kita membalas keburukan dengan keburukan maka bila keburukan ini akan berakhir?!

Allah berfirman “dan barangsiapa yang memaafkan dan memperbaiki maka pahalanya ada di sisi Allah”.
⛳⛳⛳⛳⛳⛳

كلام جميل 💯%💯

عندما نتأخر عن الدوام ندخل برأس منكوس وكلام مهموس حياء من المدير.. فهل نشعر بنفس هذا الشعور عندما نتأخر في الصلاة ونقف بين يدي الله؟!

Ketika kita lewat masuk kerja, kita masuk dengan kepala tertunduk dan suara yang lesu kerana malu kepada majikan…..maka apakah kau merasakan hal yang sama saat kau terlambat dalam solat dan berdiri di hadapan Allah ?!
⛳⛳⛳⛳⛳⛳

كلام جميل 💯%💯

لاتحسد أحدا بنعمة فأنت لاتعلم ماذا أخذ الله منه.. ولاتحزن بمصيبة فأنت لاتعلم ماذا سيعطيك الله عليها “إنما يوفى الصابرون أجرهم بغير حساب”
Jangan kau iri kepada seorang pun kerana sebuah nikmat, kerana kau tidak tahu apa yang telah Allah ambil darinya…… dan janganlah bersedih kerana sebuah musibah, kerana kau tidak tahu apa yang akan Allah hadiahkan untukmu……… Allah berfirman “Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang diberikan pahala tanpa dikira kira”
⛳⛳⛳⛳⛳⛳

كلام جميل 💯%💯

حكمتين من أروع ما وصلني اليوم :

حكمة يابانيةُِ :

ليس كل سقوط نهاية  فسقوط المطر أجمل بدايةُ
Bukan semua kejatuhan adalah sebuah pengakhiran, kerana turunnya hujan adalah awal yang paling indah
⛳⛳⛳⛳⛳⛳

كلام جميل 💯%💯

يقول حكيم يوناني:

كنت ابكي لأنني أمشي بدون حذاء 

ولكنني توقفت عَنَ البكاء عندما رأيت رجلاََ بلا قدمين..

دائما الحمدلله علىَ كل حال ”
Dahulu aku menangis kerana aku berjalan tanpa alas kaki…. namun akhirnya aku berhenti menangis saat aku melihat lelaki tanpa kedua kakinya……maka selalu ucapkanlah Alhamdulillah pada setiap keadaan.
⛳⛳⛳⛳⛳⛳

كلام جميل 💯%💯

يوماً ما ستكتشف:

“أن حزنك حماك من النار

  وصبرك أدخلك الجنة”
Pada suatu hari kau akan menemukan bahwa kesedihanmu akan menyelamatkanmu dari neraka dan kesabaranmu akan memasukkanmu kedalam syurga.
⛳⛳⛳⛳⛳⛳

كلام جميل 💯%💯

من عجائب الإنسان أنه يستفز من سماع (النصيحه) و ينصت لسماع (الفضيحه).
Di antara keajaiban manusia adalah, dia merasa resah mendengarkan nasihat dan terdiam saat mendengarkan keburukan.
⛳⛳⛳⛳⛳⛳

كلام جميل 💯%💯

– لا تتوقع من نهاية اليوم إلاَّ الرِّضَا وسترضى..

استعن بالكريم

استعنْ بالرحيم

استعن بالعظيم
Jangan biarkan manusia mengetahui sesuatu darimu melainkan kebahagiaanmu, dan jangan sampai mereka melihat kesedihanmu kecuali senyummu.
⛳⛳⛳⛳⛳⛳

كلام جميل 💯%💯

•إن ضاقت عليك أمورك! 

    » ففي القرآن جنتك . 
• إن آلمتك وحدتك ! 

    » فإلى السماء دعوتك .
• إن سألوك عن أخبارك ! 

    » فاحمد الله و ابتسم .
Jika semua urusanmu terasa sempit maka di dalam Al Qur’an ada syurgamu

Dan jika kesendirianmu menyakitimu , maka kelangit kirimkan doamu

dan jika mereka bertanya tentang khabarmu maka katakan Alhamdulillah dan tersenyumlah.
⛳⛳⛳⛳⛳⛳

أخيراً:

• إذا نويت نشر هذا الكلام!

    »  انو به خيراً لعل الله يفرج لك بها كربة من كرب الدنيا
Sebagai penutup..

Jika engkau berniat utk share faedah yang sangat berharga ini,,

Jangan lah lupa berniat baik/Luruskan Niat

Semoga dengan niat baik ini Allah Swt berikan kelancaran dalam segala urusan kita..

Keberkahan dalam rezeki kita..

Dijaga dari segala mara bahaya..

Diluaskan rezeki kita..

Dijaga aqidah kita beserta keluarga dan anak cucu daripada segala aliran dan aqidah yang menyimpang..

Dan ditutup umur kita semua dalam keadaan husnul khatimah,

Amiinn Allahumma Amiinn..
⛳⛳⛳⛳⛳⛳

هدية للأحباب..🎁

أرسلها لقائمتك ليشهدوا لك بذلك غداً ولا تحرم نفسك الأجر بإذن الله
Hadiah untuk saudaraku yang kucinta..

Berbagilah akan faedah ini kepada handai taulan supaya mereka kelak menjadi saksi akan ibadah ini.

..
🤓

Believing in myself

Dear diary,

Yesterday was quite a melo day. A few unpleasant news was brought to my attention. Mostly about my job. But I would like to highlight just one news today.

Firstly, there is a possibility that my colleagues will be transferred out from this centre and into another centre. What’s not good is that one of them is from my class. This means, I will be doing the activities all by myself. And I’m not sure if I can do this as good as her. She has been a great mentor and friend. If only I can do something so that she can stay.. However, I am in no position to help this out. I must be mentally and physically prepared. There are a lot of things I need to focus my energy and mind to. And that is, piles and piles of paperwork, the class display, the learning centres, the activity materials and more! A lot of planning, preparation, evaluation, reflecting.. Hence, I might be posting less blog posts starting this week. I hope to still share my thoughts and the things i read here on my blog. 

Until next time!

Warm regards,

Teacher Fatin

The Heart and it’s affairs

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Miliki Sifat Pemurah,  Pemaaf  dan Rendah Hati
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ لِلَّهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Sedekah tidak akan mengurangi harta. Allah pasti menambahkan kemuliaan kepada seorang hamba yang memiliki sifat memaafkan. Tidak ada balasan bagi seseorang yang rendah hati kepada Allah, kecuali Allah mengangkat darjatnya”  (HR Muslim No: 4689) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1.  Sedekah dalam apa jua bentuk seperti wang ringgit, barangan atau makanan tidak sama sekali mengurangkan harta seseorang malah menambahkan. 
عَنْ أَسْمَاءَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَنْفِقِي وَلَا تُحْصِي فَيُحْصِيَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَلَا تُوعِي فَيُوعِيَ اللَّهُ عَلَيْكِ
Dari Asma RA Rasulullah SAW bersabda: Bersedekahlah, jangan engkau menghitung-hitungnya, agar Allah tidak menghitung-hitung pemberian-Nya kepadamu dan janganlah engkau mengumpul-ngumpulkannya (tidak bersedekah) agar Allah tidak kikir kepadamu” (HR Bukhari No: 2402)  Status: Hadis Sahih
2.  Orang yang memaafkan, Allah akan menambahkan kemuliaan untuknya di sisi Allah. Ambillah kesempatan bulan Syawal ini untuk saling bermaafan sesama kita.
3.  Pemaaf dapat menghilangkan rasa permusuhan dan memperbanyakan sahabat.
4.  Pemaaf akan melahirkan sifat tawaduk, menghilangkan sifat sombong dan angkuh. Firman Allah:
خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ (١٩٩)
Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah dari pada orang-orang yang bodoh. (QS. Al-A’raf 7:199)
5.  Allah mengangkat darjat untuk orang yang tawaduk.

Tawaduk ialah bersikap rendah hati iaitu sifat yang diperintahkan di dalam Islam.
Di dalam Al-Quran Allah berfirman:
وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
“Dan rendahkanlah dirimu kepada kaum mukminin yang mengikutimu.” (Al Hijr: 88)
Marilah kita jadi mukmin yang pemurah, pemaaf dan rendah hati kepada orang lain.
06hb Julai  2017

12hb Syawal 1438H

The Reality about Respect

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Kasihi Yang Muda Hormati Yang Tua
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَرْحَمْ صَغِيرَنَا وَيُوَقِّرْ كَبِيرَنَا وَيَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَ عَنْ الْمُنْكَرِ
Dari Ibnu Abbas RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Bukanlah termasuk golongan kami, mereka yang tidak mengasihi anak-anak kecil kami dan tidak pula menghormati orang tua kami, serta tidak menyuruh yang makruf dan melarang yang mungkar.” (HR Tirmidzi No: 1844) Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1.  Orang yang tidak mengasihi anak-anak kecil dan menghormati orang tua – mereka tidak mengikuti sunah Rasulullah dan Adab seorang Muslim.
2.  Menghormati orang tua atau orang yang lebih tua daripada kita termasuk sunnah Nabi. Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ جِبْرِيلَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَنِي أَنْ أُكَبِّرَ
“Jibril telah menyuruhku untuk mendahulukan orang-orang yang lebih tua” (HR. Ahmad  No:1555)
3.  Keutamaan menghormati orang yang lebih tua termasuk dalam mengagungkan Allah. Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ مِنْ إِجْلَالِ اللَّهِ إِكْرَامَ ذِي الشَّيْبَةِ الْمُسْلِمِ
“Sesungguhnya termasuk mengagungkan Allah adalah menghormati orang muslim yang sudah tua” (HR Abu Daud No: 4203)
4.  Dahulukan orang yang lebih tua dari kita. Malik bin Mighwal rahimahullah berkata:
كُنْتُ أَمْشِيْ مَعَ طَلْحَةَ بْنِ مُصَرِّفٍ ، فَصِرْنَا إِلَى مَضْيَقٍ فَتَقَدَّمَنِيْ ثُمَّ قَالَ لِيْ : لَوْ كُنْتُ أَعْلَمُ أَنَّكَ أَكْبَرُ مِنِّيِ بِيَوْمٍ مَا تَقَدَّمْتُكَ 
“Dahulu aku berjalan bersama Thalhah bin Musharrif, sampailah kami ke sebuah jalan sempit, maka beliaupun mendahuluiku, seraya berkata kepadaku: Seandainya aku mengetahui bahawa engkau lebih tua satu hari daripada aku nescaya aku tidak akan mendahuluimu” (Diriwayatkan oleh Al-Khathiib Al Baghdaady dalam Al Jaami’ li Akhlaaqi Ar Raawii wa Aadaabi As Saami’, no: 249
Sempena Syawal ini, berusahalah kita bersifat RAHMAH dengan  menziarahi dan mengunjungi orang yang lebih tua dari kita. Hormatilah mereka. Bagi orang yang tua, sayangilah yang lebih muda dari kita.
05hb Julai  2017

011hb Syawal 1438H

The Great Big Word

Responsibility is a great big word. But what it means is straightforward. Everybody has a special job to do, young or old, we’re on the move.

Some cook meals, some wash up. Others wipe dry the dishes and cups. Some sweep up, some wipe panes, others scrub stove to remove ugly stains.
We all have responsibilities, we must do our part. But it makes no sense, if we dont work from our heart.

Perkongsian 1 hari 1 hadis

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Beriman Menuntut Memuliakan Tetamu dan Menyambung Silaturahim 
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ
Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: “Barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaknya ia memuliakan tetamunya, dan barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah ia menyambung tali silaturahim, dan barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaknya ia berkata baik atau diam.” (HR Bukhari No: 5673) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1.  Memuliakan tetamu adalah antara syarat orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.
2.  Menyambung hubungan silaturahim dengan kerabat adalah tanda orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.
3.  Tanda orang beriman kepada Allah dan hari akhirat juga apabila bertutur atau bercakap, ia akan bertutur sesuatu yang baik dan mendatangkan pahala (termasuk sesuatu yang ditulis dan di forward).
4.  Jika sesuatu yang akan dituturkan atau yang ditulis dan di forward, mendatangkan mudarat dan keburukan, lebih baik kita berdiam diri.  
5. Muliakan tetamu dan sentiasa menyuburkan tali persaudaraan dan menyambung silaturahim. 
Ambillah peluang sempena Syawal untuk mengeratkan silaturahim dengan ahli keluarga  melalui kunjung-mengunjung sesama kita. Jadikanlah tuturkata kita sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan pahala.
4hb Julai  2017

10hb Syawal 1438H